Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR
RAMAI yang
pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru
berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan
tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai
penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan
guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru
berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti
sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti
kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and
Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong
perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan
pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan
fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi
untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan
kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini
adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik
dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan
ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan
masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti
sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara
umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan
melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan
tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan,"
katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di
sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai
Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan
sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program
itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran
kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan
oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia
membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui
program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal
daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and
Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah
diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation,
Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres
yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem
pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan
jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh
dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot,
proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang
selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah
disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan
kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
Utusan Malaysia Online: 24 April 2012
Friday, April 27, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Air kosong penawar pelbagai penyakit
Kajian para
saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi
mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical
Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu
memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara
penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara
matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung,
artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis,
tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun
amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa
peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat
gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus
gigi.
• Berus gigi dan
bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45
minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15
minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk
tempoh dua jam.
• Bagi pesakit
yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan,
mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat
sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan
dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan darah
tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10
hari
3. Diabetes – 30
hari
4. Sembelit – 10
hari
5. Kanser – 180
hari
6. Tibi – 90
hari.
Pesakit artritis
hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak
mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin
kerap buang air kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)