Wednesday, September 7, 2011
MAJLIS REUNION MIKS
Majlis Reunion MIKS kali Pertama
Hari : Khamis
Tarikh : 1 September 2011
Masa : 9.00 am - 1.00 PM
Tempat : Dewan MIKS
Alhamdulillah setelah sekian lama meninggalkan Sekolah Arab Batu Lapan berbelas tahun lamanya, akhirnya dapat bertemu semula geng-geng lama.
Diharapkan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Tuesday, August 9, 2011
Hari ke sembilan berpuasa
Alhamdulillah, dah masuk hari sembilan puasa dah... Entri hari ni saya nak sentuh pasai tutup aurat dan puasa. Rakan-rakan boleh baca dialog di bawah dan sama-sama kita ambil iktibar :
Ali : Awak puasa?
Minah : Ye la..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati saya la..hak masing²..
Ali : Owh..tapi kan ALLAH yang suruh kita tutup aurat
Oleh itu, kita kalau nak ambil islam sebagai ikutan ambillah keseluruhannya. Jangan ambil sebahagian saja atau ambik yang ada kepentingan diri sendiri.

Monday, August 8, 2011
Alhamdulillah, hari ke lapan Ramadhan.
Alhamdulillah dapat juga blog ini beroperasi setelah sekian lamanya. Aku pun tak tau pasai apa tak boleh nak akses hamba Allah ni...Akhirnya hari ini 08/08/2011 bersamaan 8 Ramadhan dengan tak disangka-sangka boleh pula di aksess...
Allah maha besar. Rakan-rakan yang budiman, sempena puasa ramadhan al-kareem ini marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadat kita. Banyak ruang dan kesempatan kita boleh ambil dan laksanakan untuk mempertingkatkan kualiti kita sebagai hamba Allah yang soleh. Antaranya baca Al-quran, bersedekah, banyakkan berzikir, pi solat tarawikh dan banyak lagilah. Cumamya mau dan tak mau saja.
Kelihatannya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang kita tunggu-tunggu sebab banyak masa terluang untuk kita beribadat pada Allah. Maklumlah syaitan durjana dah kena ikat...Rupa-rupanya encik nafsu pun kuat juga. Emm...buka posa...apa dah jadi. Tarooo saja dalam perut. Ayaq pula satu juq sorang. Lepas tu mata pun layu saja...Solat Tarawikh...Hangus...
Bukan nak kata kat sapa-sapa tapi marilah kita bersama-sama mempertingkatkan daya keimanan kita supaya grafnya meningkat, bukan menjunam. Yakinkanlah segala amal ibadat kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T.
Wasallam.

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :
** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
** Ingatlah kepada Allah s.w.t.
** Ingatlah akan mati.
** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu

Subscribe to:
Posts (Atom)