Monday, August 8, 2011

Alhamdulillah, hari ke lapan Ramadhan.

Alhamdulillah dapat juga blog ini beroperasi setelah sekian lamanya. Aku pun tak tau pasai apa tak boleh nak akses hamba Allah ni...Akhirnya hari ini 08/08/2011 bersamaan 8 Ramadhan dengan tak disangka-sangka boleh pula di aksess...

Allah maha besar. Rakan-rakan yang budiman, sempena puasa ramadhan al-kareem ini marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadat kita. Banyak ruang dan kesempatan kita boleh ambil dan laksanakan untuk mempertingkatkan kualiti kita sebagai hamba Allah yang soleh. Antaranya baca Al-quran, bersedekah, banyakkan berzikir, pi solat tarawikh dan banyak lagilah. Cumamya mau dan tak mau saja.

Kelihatannya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang kita tunggu-tunggu sebab banyak masa terluang untuk kita beribadat pada Allah. Maklumlah syaitan durjana dah kena ikat...Rupa-rupanya encik nafsu pun kuat juga. Emm...buka posa...apa dah jadi. Tarooo saja dalam perut. Ayaq pula satu juq sorang. Lepas tu mata pun layu saja...Solat Tarawikh...Hangus...

Bukan nak kata kat sapa-sapa tapi marilah kita bersama-sama mempertingkatkan daya keimanan kita supaya grafnya meningkat, bukan menjunam. Yakinkanlah segala amal ibadat kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T.

Wasallam.

2 comments:


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com