Tuesday, September 29, 2009

WAKTU YANG MUSTAJAB DOA


Oleh : Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Sunday, September 27, 2009

PEMIKIRAN AL-GHAZALI TENTANG KANAK-KANAK


Oleh: Farid

1. Hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah yg menyebabkan benih dapat disemai
٭Hati kanak-kanak adalah suci. Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapa @guru bagaimana dan cara nak corak,warna, bentuk kanak-kanak tersebut sama ada nak jadi nasrani, majusi atau yahudi.

2. Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan Hadis untuk membentuk peribadi yang mulia.
٭Pendidikan kanak-kanak sebenarnya bermula daripada dalam kandungan lagi. Sebab itulah digalakkan wanita yg sdg hamil membaca ayat-ayat Al-Quran terutamanya surah Maryam, yusuf dsb. Apabila anak dilahirkan ia diazan, diqamat
٭azan ada diajarkan kebesaran Allah, mengajak menunaikan solat dan mengajak menuju kejayaan.
٭Dalam buaian pun diajar bersolawat, bernasyid, berlagu nasihat cth Buai laju-laju sampai pucuk atap belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.
- objektifnya ialah melahirkan rasa cinta terhadap kemuliaan didalam fikiran kanak-kanak.
- Juga menanamkan dihati mereka dengan keperibadian yang murni,mulia, akhlak yang baik, keperwiraan,kejujuran,keadilan,persaudaraan dan lain-lain lagi

3. Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca
-meletakkan kurikulum bagi peringkat dasar Al-Quran sebagai asas. Al-Quran merupakan sumber rujukan kepada umat Islam kemudian baru Al Hadis, Ijmak Para Ulama dan kias.
Sekarang ini macam-macam bentuk mendidik kanak-kanak dlm mengenal huruf dan membaca sprt Iqra’,Hattawiyah dan lain-lain lagi.

4. Diberi latihan jasmani untuk membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelak kemalasan dan kelesuan badan
- Al-Ghazali menyarankan supaya kanak-kanak tidak disarankan tidur pada waktu siang kerana akan menjadikannya pemalas
- Tidak seharusnya tidur di atas katil yang lembut sehingga
- Tidak seharusnya memakai pakaian yang kasar
- Tidak merungut memakan makanan yang biasa
- Mereka tidak digalakkan bermain dengan menggunakan tenaga yang kuat
- Tidak digalakkan berjalan tanpa memakai selipar atau berkasut

5 Kanak-kanak adalah amanah dari Allah kepada kedua ibubapanya.
- Sekiranya dilatih dengan perangai yang baik dia akan menjadi seorang yang baik
٭Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat-tabiat yang baik.
-hendaklah diajar dengan kebiasaan perkara yang baik cth adab makan hendaklah dilatih makan dengan tangan kanan,membaca bismillah serta memulakan dengan mengambil makanan terdekat.
- Kanak-kanak tidak didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang berunsur cinta dan lagu yang melalaikan

6. Dilatih untuk mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua dan mentaati kedua mereka.
- Seseorang kanak-kanak perlulah dilatih dengan adab-adab yang baik dan kerana ianya merupakan kunci kearah kejayaan dan dihormati oleh orang ramai.

7. Diberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali sekala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua mereka
-Guru hendaklah melahirkan rasa simpati kepada kanak-kanak seolah-olah mereka itu adalah anaknya
- Guru tidak harus merasakan bahawa anak itu adalah bebannya
- Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak
- Mengetahui kemampuan kanak-kanak memahami pelajaran
- Kanak-kanak perlulah disemaikan sikap menghormati jbu-bapa, guru-guru dan sesiapa sahaja yang lebih tua daripadanya

8. Dibimbing tentang kewajipan terhadap agama dan hukum-hukum agama islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal.
- Antaranya ialah berkaitan dengan cara mengambil wuduk dan sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain lagi

9. Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan tingkahlaku masyarakat
- Fikiran kanak-kanak merupakan tabula rasa mudah terpengaruh
- Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada kawan-kawan yang nakal dan jahat.
- Kanak-kanak dilarang berasa megah atas kekayaan ibu bapa, pakaian, makanan dan sebagainya dihadapan rakan sebaya

UMUR 17 TAHUN JADI DOKTOR

Umurnya baru 17 tahun tetapi sudah bergelar doktor. Itulah kelebihan adik Riana Helmi seorang remaja berasal dari Banda Aceh. Adik Riana berjaya menamatkan pengajian pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67. "Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini.

Saturday, September 26, 2009

PUTING SUSU TERBARU


Dunia makin canggih. Tengok tu.... puting susu pun depa reka macam tu.

MANUSIA PALING TINGGI


Sultan Kosen berasal dari negara Turki merupakan orang paling tinggi di dunia. Beliau diisytiharkan sebagai manusia paling tinggi di dunia dengan ketinggian 2.465 meter. Ketinggian Kosen ini telah direkodkan di dalam buku Guinness World Records.

Friday, September 25, 2009

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN


Atas permintaan rakan saya, cikgu Su yang kini sedang mengikuti KDP 14 minggu akan mengambil peperiksan selepas cuti raya ini. Di sini saya ada beberapa strategi menjawab soalan peperiksaan yang saya petik dari sumber laman web (www.usm.my/.../tips/StrategiMenghadapiPeperiksaan) antaranya:
1.Baca arahan terlebih dahulu.
2.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
3.Jawab soalan mengikut turutan berikut:
Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.
Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.
Kemudian barulah Tawakal kepada Allah. Selamat Berjaya........

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU




Hari ni, aku ikut rombongan perkahwinan sepupu aku di Kampung Tanjung Besar. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mat Zaki dan Siti Hajar. Semoga bahagia hingga anak cucu.

Monday, September 21, 2009

TERIMA KASIH




Kepada pengunjung rumah terbuka saya hari raya ke dua diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Kehadiran hari tersebut amatlah mengejutkan di luar jangkaan. Nasi tiga periuk habis begitu juga bihun sup. Pagi tu isteri aku dah rebus 4 bungkus, mai petang sikit dia suruh beli lagi dua bungkus sebab tak cukup. Alhamdulillah, semuanya dapat dibereskan. Ramai pengunjung yang hadir bawa anak-anak. Biasala... budak-budak kita kena la huloq sikit bagi depa seronok. Apapun yang penting jalinan silaturahim dapat diperkukuhkan. Bukan senang nak kumpul saudara mara dalam satu-satu masa. Biarpun penat melayan tetamu sampai ke malam namun hati aku merasa sungguh senang. Terima kasih semua.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Salam...
Dengan hati yang tulus ikhlas saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada ahli keluarga saya terutama ayahanda dan bonda yang tercinta. Juga kepada kakak Faridah, adik Zalina dan Latifah.
Semua jiran tetangga Pak Lang Tat sekeluarga, MaK Cik Timah sekeluarga, Mak Lang Ti sekeluarga dan Abang Lah sekeluarga.
Kepada semua warga SK Seri Dusun terutama Guru Besar cikgu Manap, Cikgu Norman, Ust. Khalid, Ust. Anwar, Cikgu Liza, Mak Ngah Rasidah, Wahida, Cikgu Lah, Cikgu maliki, azman, Shahnon, Cikgu Mat, Cikgu Nazli, Faizal.........
Kepada semua warga SK Kota Aur terutama Idham, Ustaz Wi, Radhi, Abi Hurairah, Zainab, Cikgu Salleh, Yusuf....
Kepada semua Warga SK Seri Ampang Muda terutama Faizal, Ustzh Arison, Cikgu Rosli, Ustzh Atikah, Cikgu jamri dan Along, Sunati,......
Kepada semua Warga SK Relau terutama Cikgu Su(pra), Yati, Ja, Cikgu Mat, GB Tn. Hj. Yusof, Nizam, Cikgu Non.....
Kepada semua warga SK Hj. Bollah Kaba terutama Cikgu Talia, Cikgu Mohd. Noor, Abg Sapawi, Cikgu Marzuki, Cikgu Saebah, Cikgu Fathi, Ustaz Ariffin......
Kepada semua warga SK St. Paul terutama Cikgu Hajah, Cikgu Hamid...........
Kepada teman sekuliah di USM terutama Tuan Fadlan, Yusuf, Azlan, Bidi, Sabri, Fadil, Sayuthi, Abg Man, Abg Shah, Hasmawi, Adidan.........
Rakan-rakan akrab M. Badruddin, Safi, Azami, Marzuki, Fairuz, Riduan, Fendi, Nazri, Zamri, Marul Hairi, Ariffin, Fauzi, Pawi..........
Juga tidak lupa kepada ustaz Asri dan Ustaz Aziz, kenangan bersama kalian setahun takkan ku lupa...

KEPADA SEMUANYA DIUCAPKAN:
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Sunday, September 13, 2009

SIMPANAN UNTUK MASA DEPAN


Ya, bila membicara tentang simpanan sudah tentu kita berkecenderungan untuk menyimpan wang di bank dan tabung haji. Kalau tak ada duit boleh la ambil semula, kan ada kad boleh jolok aje. Begitu senang. Kalau ada duit lebih jolok la lebih sikit. Tak kira kerja kerajaan atau swasta senarionya adalah sama. Tengok slip gaji macam-macam kena potong, pinjaman bank rakyat sudah tentu, pinjaman perumahan mesti, insuran@takaful lagi mestinya punya, lagi.. ooo pinjaman koperasi takkan tak potong, koperasilak kekadang 2,3 koop dijadikan sebagai bapa angkat. Bak kata, macam-macam potongan ada. Yang bayaq dengan tangan pun ada. Apa ya.... bayaq kutu, bayaq loan kereta, ni hutang beli perabot kat kedai Cina di Pekan Sik nak kena langsai jugak. EEEE banyaknya campur dan tolak gaji tingga 0.
Macammana nak simpan ni..... Ok tunggu esok, teman akan membicarakan bagaimana nak menyimpan dengan menambahkan simpanan sedia ada.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR SK SERI DUSUN



Hari ini adalah hari pertama pelajar tahun enam menduduki peperiksaan UPSR. Harapan guru-guru SKSD amatlah besar agar murid-muridnya dapat mengekalkan prestasi ataupun lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Lazimnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini prestasi UPSR SKSD amatlah memberansangkan sehingga mendapat pengiktirafan dari pihak Kementerian Pelajaran sendiri sehingga mencalonkan sekolah ini sebagai sekolah kluster pada tahun depan. Insya Allah....
Pagi tadi aku sempak menjengok di dewan dan didapati semua pelajar tahun enam menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Cikgu Mat Desa. Semasa peperiksaan sedang belangsung pula beberapa orang ibu bapa sedang membaca surah yasin dan mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Apatah lagi sekarang ini bulan ramadhan, bulan yang mulia.
Selamat Berjaya!

Sunday, September 6, 2009

SK HAJI BOLLAH KABA

Kekadang aku teringat kembali nostalgia lama yang banyak mengajarku erti kehidupan.
banyak dugaan dan rintangan yang sukar sebelum berada dalam zon selesa. Bila mengimbau kembali kisah-kisah silam, barulah aku dapat merasakan umur kian meningkat dan tanggungjawab makin berat untuk dipikul.
Dalam menempuh kehidupan ini beberapa peristiwa dan babak penting sukar untuk ku lupa. Antaranya:
1. Posting ke SK Haji Bollah Kaba.
Sebuah sekolah yang letaknya dalam daerah Saratok. Ia terletak dalam kg. Kaba. Sebuah kampung terpencil yang tidak mempunyai kemudahan asas. Pengangkutan utama adalah bot tut-tut. Tiada elektrik dan air, hanya menggunakan enjin generator dan tangki tadahan air hujan.
Aku mula melaporkan diri ke sekolah tersebut pada 11/12/1995. Walaupun berada jauh di pedalaman aku banyak belajar erti kehidupan di situ. Masyarakatnya begitu baik dan peramah dan aku merasa dekat dihati. Tiga tahun setengah aku bermandikan air hujan dan air telaga pokok mulong, akhirnya aku ditukarkan di SK St. Paul, Roban. Bulan depan sambung babak kedua, banyak lagi aku nak sambung pasai sekolah ni...... bersambung

MPV PRODUA


Dengaq kata MPV Produa akan keluar pada bulan November ni?. Ramai ternanti-nanti rupa bentuknya. Aku pun searchlah dalam internet, wah banyak rupanya imej MPV tu. Rupa dia lebih kurang macam dengan Myvi la, cuma dipanjangkan saja. Apapun ia kelihatan anggun. Sapa yang berminat bolehla beli satu, dua pun boleh. Aku dapat info price lebih kurang 56 ribu, murah daripada Avanza. Nampak gayanya jadi saingan dengan proton Ixoralah pula. Tak pa itu satu perkembangan yang sihat. Harapnya produa kena letak harga yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia la.

PEMBEKAL ASAM KEPING



Ada sapa-sapa yang berminat untuk membeli asam keping yang bermutu dan berkualiti tinggi.
Tak rugi jika anda membelinya kerana asam keping ini tahan lama. Ianya sesuai untuk dijadikan penambah aroma masakan. Usah tunggu lama-lama. Bolehlah menghubungi saya di talian 012-5826960.

Apa Tunggu Lagi......


PUASA 2009


Emm. puasa tahun ni dah nak masuk setengah bulan. Anak aku namanya Ainun posa jugak ari ni. Tapi dia dah tinggal sehari saja. Tu pun minum ayaq sejuk aja pukui 6.00 pm. Sayang sungguh.
Ari ini dah 16 ari posa baju raya sudah beli. Sorang sepasang. Anak aku yang lelaki tu mak dia beli baju, seluar dan dua pasang kasut. Dia cukup seronok. Siap bawa pi rumah tok Wan dia. Nak menunjuklah tu..... Aku sempat la beli sender satu. murah aje RM10.00. Bini aku lak tak beli apa-apa pun. Takpa dia nanti dapat duit gaji dia beli lain la... Opp cukupla cerita aku ari ni esok sambung lagi......


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com