Wednesday, December 19, 2012

Lawatan Ke Cameron Highland

 

Alhamdulillah, sempena cuti yang panjang ini, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di cameron highland.  Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di sana. Gembira betui anak-anakku di sana. Kami pergi ikut jalan Simpang Pulai pada 9 Disember 2012. Sebelah pulangnya pula sempat kami singgah di Teluk Batik untuk mandi manda di sana. Destinasi yang terakhir ialah kami sempat melawat di Zoo Taiping.

Sunday, May 20, 2012

Kenduri Sempena Hari Guru

                                              Kenduri berlangsung dengan meriah sempena hari guru dan pertukaran tuan Guru besar SK Seri Dusun ke sekolah baru. Tuan Guru Besar Haji Abdul Manap b. Abd Majid merupakan seorang guru besar yang sangat disayangi oleh semua guru-guru di SKSD. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang cukup besar bagi kami. Telah membawa SK Seri Dusun ke satu tahap yang tertinggi antara sekolah ini pernah dinobatkan sebagai sekolah harapan negara, sekolah cemerlang, anugerah kualiti menteri pelajaran dan pelbagai deretan anugerah diperingkat kebangsaan, negeri mahupun di daerah. Kami berharap cikgu Manap akan diberkati dan diredai oleh Allah. moga-moga pertukaran beliau ke sekolah baru akan lebih bermakna dan membawa sekolah tersebut ke arah yang lebih baik lagi .... SELAMAT MAJU JAYA...

Sunday, May 6, 2012

Aksi drift di Beris Jaya

                            Pada petang Sabtu (05/05/2012) saya berkesempatan membawa anak-anak untuk melihat aksi drift daripada peserta kelab kereta lama sempena karnival belia daerah Sik. Aksi ini sempat saya rakam pada pada jam 5.00 pm di tapak pasar malam Beris Jaya. Jangan cuba-cuba meniru aksi ini kalau tak pro lagi...

Saturday, May 5, 2012

Jejak Flora

                                                     Video di atas merupakan salah satu slot Jejak Flora daripada program Kem Kecermelangan UPSR SK Seri Dusun yang diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu (03-05/05/2012)di Agro Tech Keda Chacok Tualang, Sik, Kedah. Tujuan slot ini adalah memberi pengetahuan kepada pelajar peri penting kehidupan tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah kepada manusia. Dengan melihat flora dan fauna kita dapat mengetahui bahawa betapa Allah itu Maha Pencipta dan Maha Agong. Betapa kerdilmya kita makhluk disisinya.

Thursday, May 3, 2012

DOA MUSTAJAB

 Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk m’capai doa mustajab
  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  2. Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengankat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  7. Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
        Sumber : http://www.virtualfriends.net/article/

Friday, April 27, 2012

Guru lebih stres

Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR

RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.

Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.

Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.

"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.

Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.

Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.

"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.

Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.

Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.

Utusan Malaysia Online: 24 April 2012

Wednesday, April 25, 2012

Air kosong penawar pelbagai penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com