Tuesday, December 22, 2009

Sejarah Daerah Sik


Sik merupakan bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:

* Hutan Lipur Lata Lembu
* Hutan Lipur Lata Mengkuang
* Hutan Rekreasi Sik
* Hutan Rekreasi Lata Mengkuang
* M.U.D.A. Resort - agro-perlancongan
* Bendang Man - agro-perlancongan

Keluasan Daerah Sik : 1635km persegi 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah

Parlimen : Sik.
Dewan Undangan Negeri : Belantek dan Jeneri.
Pecahan Mukim : Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Teloi.

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sik

Sik unik sebagai tarikan pelancongan negeri Kedah

Oleh: Ali Hashim

SIK, 15 Dis: Sik yang kaya dengan khazanah alam dan tarikan keindahan semula jadi akan dipromosikan dengan lebih agresif oleh kerajaan negeri Kedah ke peringkat antabangsa bagi menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Kedah.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, fokus utama pembangunan bagi daerah Sik ini sehingga tahun 2020 yang akan datang adalah kepada sektor pelancongan berdasarkan kepada tarikan yang ada dalam daerah ini sebagai salah destinasi menarik ekopelancongan.

"Selain daripada mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan ia juga mampu untuk dikembangkan sebagai pusat pengumpulan Industri Asas Tani (IAT)," katanya.

Kewujudan pusat IAT ini adalah sebagai pemangkin ekonomi di sini. Ia juga akan menjadi daerah perintis IAT yang telah dilaksanakan di Beris Jaya, katanya.

"Antara produk yang mempunyai potensi tinggi boleh dipromosikan ialah produk daripada buah-buahan bermusim seperti rambutan, manggis, durian, roselle dan produk daripada kopi robusta," katanya.

Menurut beliau lagi kawasan seperti Lata Mengkuang, Beris, Tasik Muda, Lasor dan Hutan Simpan Ulu Muda adalah antara kawasan dalam daerah Sik yang mempunyai pelbagai kekayaan khazanah alam yang mampu untuk dijadikan destinasi pelancongan menarik.

Bagi merealisasikan perkara ini maka kemudahan infrastruktur perhubungan perlu dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan supaya kawasan tersebut dapat benar-benar menjadi daya penarik kepada pelancong, katanya.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau, cadangan jajaran lebuh raya Tekih yang menghubungkan Jalan Negeri K13 dengan Jalan Negeri K157 serta cadangan jalan Jabatan Kerja Raya dengan jalan tempatan di Mukim Sik serta Jeneri adalah antara draf rancangan tempatan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu usaha kearah mencapai matlamat tersebut.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik 2007-2020.

Saturday, December 12, 2009

MAJLIS REUNION BERLANGSUNG DENGAN KEMERIAHAN



























Alhamdulillah. Semuanya dapat berjalan sepertimana yang dirancangkan. Tanggal 12/12/09 telah tercatat satu sejarah baru, iaitu satu perhimpunan bekas pelajar tingkatan Enam sessi 1992/93 di Desa Resort, Bendang Man. Setelah berpisah 16 tahun, kini mereka telah bertemu dengan perasaan gembira dan terharu. Itulah usaha murni yang telah dianjurkan oleh jawatankuasa Reunion penaja. Majlis telah bermula pada pukul 2,00P.M dengan semua peserta mendaftar dikuanter yang telah disediakan. Setelah itu, semua peserta masuk ke Dewan bersama-sama mengikuti agenda yang telah disusun atur.

Majlis dipengerusikan oleh En. Farid. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Farid agar perjalanan majlis lancar dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T. Selesai bacaan doa, ucapan daripada Pengerusi penaja oleh En. Shahnun b Ahmad. Beliau mengalu-alukan kedatangan para paserta yang hadir. Juga memceritakan rentetan kronologi bagaimana idea untuk mengadakan majlis Reunion ini. Beliau juga berharap akan ada kesinambungan aktiviti ini seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Aktiviti seterusnya ialah ucapan daripada semua peserta yang menceritakan serba sedikit latar belakang dan aktiviti terkini mereka. Majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta. Berikutnya aktiviti cabutan bertuah. Nama peserta yang dicabut akan mendapat hadiah yang disediakan oleh penganjur. Akhir sekali ialah aktiviti makan. Wah, macam-macam makanan ada laksa, bihun, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain lagi disediakan. emmm sedapnya..Rugi kalau kawan-kawan tak mai.

Akhir sekali majlis beriadah. Bagi rakan-rakan yang bawa anak boleh la mandi. Sejuk betoi ayaq kat sini. Meriah memang meriah. La.. dah pukui 6.30 P.M. Cepatnya masa berlalu, rakan yang hadir mula bersurai dengan hati yang gembira....Terima Kasih semua. Semoga kita jumpa lagi.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com