Tuesday, September 24, 2013
Saturday, April 13, 2013
Wednesday, December 19, 2012
Lawatan Ke Cameron Highland
Alhamdulillah, sempena cuti yang panjang ini, saya dan keluarga berkesempatan bercuti di cameron highland. Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di sana. Gembira betui anak-anakku di sana. Kami pergi ikut jalan Simpang Pulai pada 9 Disember 2012. Sebelah pulangnya pula sempat kami singgah di Teluk Batik untuk mandi manda di sana. Destinasi yang terakhir ialah kami sempat melawat di Zoo Taiping.
Sunday, May 20, 2012
Kenduri Sempena Hari Guru
Kenduri berlangsung dengan meriah sempena hari guru dan pertukaran tuan Guru besar SK Seri Dusun ke sekolah baru. Tuan Guru Besar Haji Abdul Manap b. Abd Majid merupakan seorang guru besar yang sangat disayangi oleh semua guru-guru di SKSD. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan yang cukup besar bagi kami. Telah membawa SK Seri Dusun ke satu tahap yang tertinggi antara sekolah ini pernah dinobatkan sebagai sekolah harapan negara, sekolah cemerlang, anugerah kualiti menteri pelajaran dan pelbagai deretan anugerah diperingkat kebangsaan, negeri mahupun di daerah.
Kami berharap cikgu Manap akan diberkati dan diredai oleh Allah. moga-moga pertukaran beliau ke sekolah baru akan lebih bermakna dan membawa sekolah tersebut ke arah yang lebih baik lagi
.... SELAMAT MAJU JAYA...
Sunday, May 6, 2012
Aksi drift di Beris Jaya
 Pada petang Sabtu (05/05/2012) saya berkesempatan membawa anak-anak untuk melihat aksi drift daripada peserta kelab kereta lama sempena karnival belia daerah Sik. Aksi ini sempat saya rakam pada pada jam 5.00 pm di tapak pasar malam Beris Jaya. Jangan cuba-cuba meniru aksi ini kalau tak pro lagi...
Saturday, May 5, 2012
Jejak Flora
Video di atas merupakan salah satu slot Jejak Flora daripada program Kem Kecermelangan UPSR SK Seri Dusun yang diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu (03-05/05/2012)di Agro Tech Keda Chacok Tualang, Sik, Kedah. Tujuan slot ini adalah memberi pengetahuan kepada pelajar peri penting kehidupan tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah kepada manusia. Dengan melihat flora dan fauna kita dapat mengetahui bahawa betapa Allah itu Maha Pencipta dan Maha Agong. Betapa kerdilmya kita makhluk disisinya.
Thursday, May 3, 2012
DOA MUSTAJAB
Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk m’capai doa mustajab
- Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
- Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.
- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengankat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
- Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
- Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”
- Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
- Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
- Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’
- Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Friday, April 27, 2012
Guru lebih stres
Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR
RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat.
Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
"Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata.
Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
Katanya, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.
"Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat bahawa rawatan terbaik dalam penyelesaian kesihatan terutamanya berkaitan stres dalam pekerjaan ialah melalui fisioterapi," katanya.
Beliau mengakui, kekangan masa bagi mereka yang bekerja untuk bersenam atau melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ini ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi sama ada ketika di tempat kerja mahupun di rumah.
"Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja.
"Secara umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan," katanya.
Dalam pada itu program pertama latihan fisioterapi di sekolah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini membabitkan 135 guru dan kakitangan sekolah.
Pengetuanya, Siti Endon Mohamad Dahlan berpendapat program itu baik dalam membantu guru-guru dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.
"Rawatan ini adalah mudah dan boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang bekerja. Sedikit sebanyak ia membantu melahirkan kualiti kerja yang bermutu," katanya.
Melalui program tersebut, guru-guru telah didedahkan secara teori dan praktikal daripada aspek fisioterapi oleh kakitangan Great Life Physio and Rehabilation dengan kerjasama pelajar Masterskill.
Sesi ceramah telah diberikan oleh Pakar Fisioterapi Great Life Physio and Rehabilation, Siti Fazilah Jamaluddin, yang menerangkan beberapa aspek mengenai stres yang boleh mengakibatkan seperti pening, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, mengganggu mutu kerja dan juga boleh berlaku serangan jantung serta obesiti.
Selain itu, tanda-tanda stres boleh dikenal pasti menerusi degupan jantung yang laju, ketegangan otot, proses pernafasan menjadi cepat, berpeluh dan terasa perut kurang selesa, loya dan cirit.
Fazilah menjelaskan antara faktornya adalah disebabkan penat, kurang tidur, postur badan ketika bekerja, bebanan kerja, suasana tempat kerja, skop kerja dan sebagainya.
Malah beliau berharap supaya masyarakat menerima rawatan fisioterapi ini sebagai satu alternatif perubatan dalam kehidupan.
Utusan Malaysia Online: 24 April 2012

Wednesday, April 25, 2012
Air kosong penawar pelbagai penyakit
Kajian para
saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi
mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical
Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu
memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara
penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara
matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung,
artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis,
tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun
amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa
peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat
gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus
gigi.
• Berus gigi dan
bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45
minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15
minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk
tempoh dua jam.
• Bagi pesakit
yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan,
mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat
sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan
dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan darah
tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10
hari
3. Diabetes – 30
hari
4. Sembelit – 10
hari
5. Kanser – 180
hari
6. Tibi – 90
hari.
Pesakit artritis
hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak
mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin
kerap buang air kecil.
Wednesday, September 7, 2011
MAJLIS REUNION MIKS

Majlis Reunion MIKS kali Pertama
Hari : Khamis
Tarikh : 1 September 2011
Masa : 9.00 am - 1.00 PM
Tempat : Dewan MIKS
Alhamdulillah setelah sekian lama meninggalkan Sekolah Arab Batu Lapan berbelas tahun lamanya, akhirnya dapat bertemu semula geng-geng lama.
Diharapkan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Tuesday, August 9, 2011
Hari ke sembilan berpuasa
Alhamdulillah, dah masuk hari sembilan puasa dah... Entri hari ni saya nak sentuh pasai tutup aurat dan puasa. Rakan-rakan boleh baca dialog di bawah dan sama-sama kita ambil iktibar :
Ali : Awak puasa?
Minah : Ye la..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati saya la..hak masing²..
Ali : Owh..tapi kan ALLAH yang suruh kita tutup aurat
Oleh itu, kita kalau nak ambil islam sebagai ikutan ambillah keseluruhannya. Jangan ambil sebahagian saja atau ambik yang ada kepentingan diri sendiri.
Monday, August 8, 2011
Alhamdulillah, hari ke lapan Ramadhan.
Alhamdulillah dapat juga blog ini beroperasi setelah sekian lamanya. Aku pun tak tau pasai apa tak boleh nak akses hamba Allah ni...Akhirnya hari ini 08/08/2011 bersamaan 8 Ramadhan dengan tak disangka-sangka boleh pula di aksess...
Allah maha besar. Rakan-rakan yang budiman, sempena puasa ramadhan al-kareem ini marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadat kita. Banyak ruang dan kesempatan kita boleh ambil dan laksanakan untuk mempertingkatkan kualiti kita sebagai hamba Allah yang soleh. Antaranya baca Al-quran, bersedekah, banyakkan berzikir, pi solat tarawikh dan banyak lagilah. Cumamya mau dan tak mau saja.
Kelihatannya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang kita tunggu-tunggu sebab banyak masa terluang untuk kita beribadat pada Allah. Maklumlah syaitan durjana dah kena ikat...Rupa-rupanya encik nafsu pun kuat juga. Emm...buka posa...apa dah jadi. Tarooo saja dalam perut. Ayaq pula satu juq sorang. Lepas tu mata pun layu saja...Solat Tarawikh...Hangus...
Bukan nak kata kat sapa-sapa tapi marilah kita bersama-sama mempertingkatkan daya keimanan kita supaya grafnya meningkat, bukan menjunam. Yakinkanlah segala amal ibadat kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T.
Wasallam.

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)"
"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."
"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."
"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :
** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.
** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
** Ingatlah kepada Allah s.w.t.
** Ingatlah akan mati.
** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu
Tuesday, December 22, 2009
Sejarah Daerah Sik
Sik merupakan bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.
Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".
Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:
* Hutan Lipur Lata Lembu
* Hutan Lipur Lata Mengkuang
* Hutan Rekreasi Sik
* Hutan Rekreasi Lata Mengkuang
* M.U.D.A. Resort - agro-perlancongan
* Bendang Man - agro-perlancongan
Keluasan Daerah Sik : 1635km persegi 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah
Parlimen : Sik.
Dewan Undangan Negeri : Belantek dan Jeneri.
Pecahan Mukim : Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Teloi.
Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sik
Sik unik sebagai tarikan pelancongan negeri Kedah
Oleh: Ali Hashim
SIK, 15 Dis: Sik yang kaya dengan khazanah alam dan tarikan keindahan semula jadi akan dipromosikan dengan lebih agresif oleh kerajaan negeri Kedah ke peringkat antabangsa bagi menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Kedah.
Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, fokus utama pembangunan bagi daerah Sik ini sehingga tahun 2020 yang akan datang adalah kepada sektor pelancongan berdasarkan kepada tarikan yang ada dalam daerah ini sebagai salah destinasi menarik ekopelancongan.
"Selain daripada mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan ia juga mampu untuk dikembangkan sebagai pusat pengumpulan Industri Asas Tani (IAT)," katanya.
Kewujudan pusat IAT ini adalah sebagai pemangkin ekonomi di sini. Ia juga akan menjadi daerah perintis IAT yang telah dilaksanakan di Beris Jaya, katanya.
"Antara produk yang mempunyai potensi tinggi boleh dipromosikan ialah produk daripada buah-buahan bermusim seperti rambutan, manggis, durian, roselle dan produk daripada kopi robusta," katanya.
Menurut beliau lagi kawasan seperti Lata Mengkuang, Beris, Tasik Muda, Lasor dan Hutan Simpan Ulu Muda adalah antara kawasan dalam daerah Sik yang mempunyai pelbagai kekayaan khazanah alam yang mampu untuk dijadikan destinasi pelancongan menarik.
Bagi merealisasikan perkara ini maka kemudahan infrastruktur perhubungan perlu dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan supaya kawasan tersebut dapat benar-benar menjadi daya penarik kepada pelancong, katanya.
Sehubungan dengan itu, jelas beliau, cadangan jajaran lebuh raya Tekih yang menghubungkan Jalan Negeri K13 dengan Jalan Negeri K157 serta cadangan jalan Jabatan Kerja Raya dengan jalan tempatan di Mukim Sik serta Jeneri adalah antara draf rancangan tempatan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu usaha kearah mencapai matlamat tersebut.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik 2007-2020.

Saturday, December 12, 2009
MAJLIS REUNION BERLANGSUNG DENGAN KEMERIAHAN
Alhamdulillah. Semuanya dapat berjalan sepertimana yang dirancangkan. Tanggal 12/12/09 telah tercatat satu sejarah baru, iaitu satu perhimpunan bekas pelajar tingkatan Enam sessi 1992/93 di Desa Resort, Bendang Man. Setelah berpisah 16 tahun, kini mereka telah bertemu dengan perasaan gembira dan terharu. Itulah usaha murni yang telah dianjurkan oleh jawatankuasa Reunion penaja. Majlis telah bermula pada pukul 2,00P.M dengan semua peserta mendaftar dikuanter yang telah disediakan. Setelah itu, semua peserta masuk ke Dewan bersama-sama mengikuti agenda yang telah disusun atur.
Majlis dipengerusikan oleh En. Farid. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Farid agar perjalanan majlis lancar dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T. Selesai bacaan doa, ucapan daripada Pengerusi penaja oleh En. Shahnun b Ahmad. Beliau mengalu-alukan kedatangan para paserta yang hadir. Juga memceritakan rentetan kronologi bagaimana idea untuk mengadakan majlis Reunion ini. Beliau juga berharap akan ada kesinambungan aktiviti ini seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Aktiviti seterusnya ialah ucapan daripada semua peserta yang menceritakan serba sedikit latar belakang dan aktiviti terkini mereka. Majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta. Berikutnya aktiviti cabutan bertuah. Nama peserta yang dicabut akan mendapat hadiah yang disediakan oleh penganjur. Akhir sekali ialah aktiviti makan. Wah, macam-macam makanan ada laksa, bihun, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain lagi disediakan. emmm sedapnya..Rugi kalau kawan-kawan tak mai.
Akhir sekali majlis beriadah. Bagi rakan-rakan yang bawa anak boleh la mandi. Sejuk betoi ayaq kat sini. Meriah memang meriah. La.. dah pukui 6.30 P.M. Cepatnya masa berlalu, rakan yang hadir mula bersurai dengan hati yang gembira....Terima Kasih semua. Semoga kita jumpa lagi.
Friday, November 6, 2009
JANGAN TUNGGU LAGI. MARI JOIN BEB...
Berikut senarai nama rakan-rakan yang persetujuan secara lisan utk menyertai majlis reunion pelajar tingkatan 6 SMK Sik sessi 92/93 sehingga kini:
1. En. Sah Non b. Ahmad. Kampung Banggol Kiat, 08200 Sik, Kedah.
2. En. Farid b. Othman. F43, Kampung Batu Lapan, 08200 Sik, Kedah.
3. En. Idham Nasri b. Jaafar. F42 Kampung Batu Lapan, 08200 Sik, Kedah.
4. En. Mohd. Radhi b. Mat Hussin. Kampung Belantik, o8210 Sik, Kedah.
5. Pn. Norafizah bt. Basri. Taman Delima, Batu Lima, Sik, Kedah.
6. Pn. Mahani bt. Abu Asa. Kg. Charok Kit, Sik, Kedah
7. En. Halim b. Abd. Rahman SK Teloi Tua, Sik, Kedah
8. Pn. Rosma bt. Abd. Hamid SMK Jeneri, Sik, Kedah
9. En. Mohd. Nor Ihsan b. Musa. Hospital Daerah Sik
10. En. Mohd. Sofi b. Yahya. Jeniang
11. En. Ahmad Fekry b. Idrus. Bertam, Seberang Prai Utara.
12. En. Mohd. Sabri b. Ayob. Kuala Lumpur
13. En. Mohd. Zamri b. Ishak. Taman Meru, Jelapang, Ipoh, Perak.
14. En. Mohd. Tarmizi b. Ismail. Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah
15. Pn. Umi Kalsom bt. Pa. Kuala Lumpur
16. Pn. Halimah bt. Yahya. Johor
17. Pn. Azizah bt. Lebai Ahmad. Kuala Lumpur
18. Pn. Noriza bt. Kassim. Jeniang
19. Pn. Faezah bt. Hamid. Kuala Lumpur
20. Pn. Rohaya bt. Abu Hasan. Pusat Kesihatan Gulau, Sik
21. Pn. Sakinah bt. Hj. Ishak. Kg. Kota Bukit, Sik, Kedah
22. En. Mazli b. Abd. Rahman. Kuala Lumpur
23. En. Shukri b. Ahmad. Kuala Lumpur
24. En. Mohd. Isa b. Said. Kuala Lumpur
25. En. Amir b. Ismail. No.40 Fasa 1d2 Bandar Baru Seri Manjung, 32040 Perak.
26. Pn. Rohana bt. Ramli MP903, Jln5, Tmn Melaka Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka.
27. Pn. Normawati bt. Nawawi.
28. Pn. Sharifah bt. Pin
29. Mohd. Asri b. Ahmad. Taman Batu Lima, Sik, Kedah
30. Pn. Faridah bt. Yusuf. Kuantan, Pahang.
31. Pn. Sakinah bt. Abdullah Hamad. No.15 Jln Permata 1, Tmn Desa Pemata, 33300 Grik, Prk.
32. Pn. Siti Zaliha bt. Dolah. Putra Jaya.
33. Hani bt. Ghazali
34. Pn. Zaiton bt. Abdul Wahab. Port Dickson, N.Sembilan.
35. Pn. Mariza bt. Razak.
36. Pn. Zarina bt. Hassan
37. Pn. Rosni Abdullah
38. En. Hussain b. Dai. Pekan Batu Lima, 08200 Sik.
39. Pn. Zakiah bt. Yahya
40. En. Suhaimi b. Mohamad. Sabak Bernam, Selangor
41. Pn. Latipah bt. Omar.
42. En. Rahifun b. Md. Isa.
43. Pn. Aminah bt. Ismail.
44. En. Marzuki b. Rejab. Perlis.
45. Pn Ghuslaini bt. Md. Isa.
46. En. Mohd. Shazani Amin b. Mohd. Noor. Setiu, Terengganu
47. Pn. Roslina bt. Ahmad. SK Jeneri, Sik, Kedah
48. Pn. Saliza bt. Che Meh.
49. Pn. Kamariah bt. Saad
50. Pn. Sabarah bt. Talib. Sg. Petani, Kedah
51. Pn. Fadzilah bt. Najmuddin
52. Pn. Fadzilah bt. Mat Khair
53. Pn. Shuhaida bt. Othman
54. En. Mohd. Shahbandie b. Shafie. Kg. Jelutong, Chepir, Sik, Kedah
55. Pn. Azian bt. Jaafar. Kg. Banggol Kiat, Sik, Kedah.
Kita masih lagi menunggu respon rakan-rakan lain..... Jangan tunggu lagi
Thursday, October 8, 2009
REUNION PELAJAR TINGKATAN ENAM SMK SIK TAHUN 1992/93
- Perjumpaan secara tidak rasmi antara saya, Shahnon, Rosma, Nora dan Mahani di kedai Kak Kiah telah mencadangkan satu Perjumpaan Perdana bekas pelajar Ting.6 Tahun 1992/93. Sehubungan dengan itu satu j/k penaja telah ditubuhkan untuk memastikan majlis perjumpaan itu dapat dijalankan dng lancar.
JAWATANKUASA INDUK
Penyelaras : En. Sah Nun b. Ahmad
Pn. Mahani bt. Abu Asa
Setiausaha : Pn. Norafizah bt. Basri
Pen. Setiausaha : Pn. Rosma bt. Abd. Hamid
Bendahari : Pn. Roslina bt. Ahmad
J/kuasa :
En. Farid b. Othman
Pn. Norafizah bt. Basri
En. Idham Nasri b. Jaafar
En. Mohd. Radhi b. Mat Husin
En. Abd. Halim b. Abd. Rahman
En. Norhisan b. Musa
Pn. Rohaya bt. Abu Hassan
JAWATANKUASA PELAKSANA
J/K Pendaftaran:
En. Farid b. Othman
En. Halim b. Abd. Rahman
Pn. Norafizah bt. Basri
Pn. Rosma bt. Abd. Hamid
J/K Persiapan Tempat:
En. Sah Nun b. Ahmad
En. Farid b. Othman
En. Idham Nasri b. Jaafar
Pn. Mahani bt. Abu Asa
J/K Penajaan/Sumber Kewangan
Pn. Rosma bt. Abd. Hamid
En. Halim b. Abd. Rahman
En. Idham Nasri b. Jaafar
J/K Makanan/Minuman
Pn. Mahani bt. Abu Asa
Pn. Roslina bt. Ahmad
Pn. Norafizah bt. Basri
J/K Siaraya
En. Idham Nasri b. Jaafar
En. Mohd. Radzi b. Hussin
J/K Jemputan VIP/Cenderahati
Pn. Norafizah bt. Basri
Pn. Roslina bt. Ahmad
Pn. Mahani bt. Abu Asa
J/K Keselamatan/Perubatan
En. Norhisan b. Musa
Pn. Rohaya bt. Abu Hassan
J/K Sukaneka
En. Idham Nasri b. Jaafar
En. Mohd. Radzi b. Hussin
Saturday, October 3, 2009
KANSER DARIPADA SOTONG KERING
Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Tuesday, September 29, 2009
WAKTU YANG MUSTAJAB DOA

Oleh : Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih
Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah
(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Malam Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
Subscribe to:
Posts (Atom)