Tuesday, August 9, 2011

Hari ke sembilan berpuasa

Alhamdulillah, dah masuk hari sembilan puasa dah... Entri hari ni saya nak sentuh pasai tutup aurat dan puasa. Rakan-rakan boleh baca dialog di bawah dan sama-sama kita ambil iktibar :

Ali : Awak puasa?


Minah : Ye la..

Ali : Kenapa awak puasa?

Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..

Ali : Kenapa tak tutup aurat?

Minah : Eh, suka hati saya la..hak masing²..

Ali : Owh..tapi kan ALLAH yang suruh kita tutup aurat

Oleh itu, kita kalau nak ambil islam sebagai ikutan ambillah keseluruhannya. Jangan ambil sebahagian saja atau ambik yang ada kepentingan diri sendiri.

Monday, August 8, 2011

Alhamdulillah, hari ke lapan Ramadhan.

Alhamdulillah dapat juga blog ini beroperasi setelah sekian lamanya. Aku pun tak tau pasai apa tak boleh nak akses hamba Allah ni...Akhirnya hari ini 08/08/2011 bersamaan 8 Ramadhan dengan tak disangka-sangka boleh pula di aksess...

Allah maha besar. Rakan-rakan yang budiman, sempena puasa ramadhan al-kareem ini marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadat kita. Banyak ruang dan kesempatan kita boleh ambil dan laksanakan untuk mempertingkatkan kualiti kita sebagai hamba Allah yang soleh. Antaranya baca Al-quran, bersedekah, banyakkan berzikir, pi solat tarawikh dan banyak lagilah. Cumamya mau dan tak mau saja.

Kelihatannya, bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang kita tunggu-tunggu sebab banyak masa terluang untuk kita beribadat pada Allah. Maklumlah syaitan durjana dah kena ikat...Rupa-rupanya encik nafsu pun kuat juga. Emm...buka posa...apa dah jadi. Tarooo saja dalam perut. Ayaq pula satu juq sorang. Lepas tu mata pun layu saja...Solat Tarawikh...Hangus...

Bukan nak kata kat sapa-sapa tapi marilah kita bersama-sama mempertingkatkan daya keimanan kita supaya grafnya meningkat, bukan menjunam. Yakinkanlah segala amal ibadat kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T.

Wasallam.

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM PADA ANAKNYA

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

"Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)"

"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

"Wahai anakku. Aku sudah memikul batu-batu yang besar. Aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Wahai anakku. Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Wahai anakku. Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku. Aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

** Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).

** Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
** Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

** Ingatlah kepada Allah s.w.t.

** Ingatlah akan mati.

** Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

** Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu

Tuesday, December 22, 2009

Sejarah Daerah Sik


Sik merupakan bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".

Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:

* Hutan Lipur Lata Lembu
* Hutan Lipur Lata Mengkuang
* Hutan Rekreasi Sik
* Hutan Rekreasi Lata Mengkuang
* M.U.D.A. Resort - agro-perlancongan
* Bendang Man - agro-perlancongan

Keluasan Daerah Sik : 1635km persegi 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Negeri Kedah

Parlimen : Sik.
Dewan Undangan Negeri : Belantek dan Jeneri.
Pecahan Mukim : Mukim Sik, Mukim Sok, Mukim Teloi.

Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sik

Sik unik sebagai tarikan pelancongan negeri Kedah

Oleh: Ali Hashim

SIK, 15 Dis: Sik yang kaya dengan khazanah alam dan tarikan keindahan semula jadi akan dipromosikan dengan lebih agresif oleh kerajaan negeri Kedah ke peringkat antabangsa bagi menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Kedah.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, fokus utama pembangunan bagi daerah Sik ini sehingga tahun 2020 yang akan datang adalah kepada sektor pelancongan berdasarkan kepada tarikan yang ada dalam daerah ini sebagai salah destinasi menarik ekopelancongan.

"Selain daripada mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan ia juga mampu untuk dikembangkan sebagai pusat pengumpulan Industri Asas Tani (IAT)," katanya.

Kewujudan pusat IAT ini adalah sebagai pemangkin ekonomi di sini. Ia juga akan menjadi daerah perintis IAT yang telah dilaksanakan di Beris Jaya, katanya.

"Antara produk yang mempunyai potensi tinggi boleh dipromosikan ialah produk daripada buah-buahan bermusim seperti rambutan, manggis, durian, roselle dan produk daripada kopi robusta," katanya.

Menurut beliau lagi kawasan seperti Lata Mengkuang, Beris, Tasik Muda, Lasor dan Hutan Simpan Ulu Muda adalah antara kawasan dalam daerah Sik yang mempunyai pelbagai kekayaan khazanah alam yang mampu untuk dijadikan destinasi pelancongan menarik.

Bagi merealisasikan perkara ini maka kemudahan infrastruktur perhubungan perlu dipertingkatkan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sokongan supaya kawasan tersebut dapat benar-benar menjadi daya penarik kepada pelancong, katanya.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau, cadangan jajaran lebuh raya Tekih yang menghubungkan Jalan Negeri K13 dengan Jalan Negeri K157 serta cadangan jalan Jabatan Kerja Raya dengan jalan tempatan di Mukim Sik serta Jeneri adalah antara draf rancangan tempatan yang telah dikenal pasti sebagai salah satu usaha kearah mencapai matlamat tersebut.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Sik 2007-2020.

Saturday, December 12, 2009

MAJLIS REUNION BERLANGSUNG DENGAN KEMERIAHAN



























Alhamdulillah. Semuanya dapat berjalan sepertimana yang dirancangkan. Tanggal 12/12/09 telah tercatat satu sejarah baru, iaitu satu perhimpunan bekas pelajar tingkatan Enam sessi 1992/93 di Desa Resort, Bendang Man. Setelah berpisah 16 tahun, kini mereka telah bertemu dengan perasaan gembira dan terharu. Itulah usaha murni yang telah dianjurkan oleh jawatankuasa Reunion penaja. Majlis telah bermula pada pukul 2,00P.M dengan semua peserta mendaftar dikuanter yang telah disediakan. Setelah itu, semua peserta masuk ke Dewan bersama-sama mengikuti agenda yang telah disusun atur.

Majlis dipengerusikan oleh En. Farid. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Farid agar perjalanan majlis lancar dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T. Selesai bacaan doa, ucapan daripada Pengerusi penaja oleh En. Shahnun b Ahmad. Beliau mengalu-alukan kedatangan para paserta yang hadir. Juga memceritakan rentetan kronologi bagaimana idea untuk mengadakan majlis Reunion ini. Beliau juga berharap akan ada kesinambungan aktiviti ini seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Aktiviti seterusnya ialah ucapan daripada semua peserta yang menceritakan serba sedikit latar belakang dan aktiviti terkini mereka. Majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta. Berikutnya aktiviti cabutan bertuah. Nama peserta yang dicabut akan mendapat hadiah yang disediakan oleh penganjur. Akhir sekali ialah aktiviti makan. Wah, macam-macam makanan ada laksa, bihun, nasi goreng, buah-buahan dan lain-lain lagi disediakan. emmm sedapnya..Rugi kalau kawan-kawan tak mai.

Akhir sekali majlis beriadah. Bagi rakan-rakan yang bawa anak boleh la mandi. Sejuk betoi ayaq kat sini. Meriah memang meriah. La.. dah pukui 6.30 P.M. Cepatnya masa berlalu, rakan yang hadir mula bersurai dengan hati yang gembira....Terima Kasih semua. Semoga kita jumpa lagi.

Friday, November 6, 2009

JANGAN TUNGGU LAGI. MARI JOIN BEB...




Berikut senarai nama rakan-rakan yang persetujuan secara lisan utk menyertai majlis reunion pelajar tingkatan 6 SMK Sik sessi 92/93 sehingga kini:
1. En. Sah Non b. Ahmad. Kampung Banggol Kiat, 08200 Sik, Kedah.
2. En. Farid b. Othman. F43, Kampung Batu Lapan, 08200 Sik, Kedah.
3. En. Idham Nasri b. Jaafar. F42 Kampung Batu Lapan, 08200 Sik, Kedah.
4. En. Mohd. Radhi b. Mat Hussin. Kampung Belantik, o8210 Sik, Kedah.
5. Pn. Norafizah bt. Basri. Taman Delima, Batu Lima, Sik, Kedah.
6. Pn. Mahani bt. Abu Asa. Kg. Charok Kit, Sik, Kedah
7. En. Halim b. Abd. Rahman SK Teloi Tua, Sik, Kedah
8. Pn. Rosma bt. Abd. Hamid SMK Jeneri, Sik, Kedah
9. En. Mohd. Nor Ihsan b. Musa. Hospital Daerah Sik
10. En. Mohd. Sofi b. Yahya. Jeniang
11. En. Ahmad Fekry b. Idrus. Bertam, Seberang Prai Utara.
12. En. Mohd. Sabri b. Ayob. Kuala Lumpur
13. En. Mohd. Zamri b. Ishak. Taman Meru, Jelapang, Ipoh, Perak.
14. En. Mohd. Tarmizi b. Ismail. Sg. Lalang, Sg. Petani, Kedah
15. Pn. Umi Kalsom bt. Pa. Kuala Lumpur
16. Pn. Halimah bt. Yahya. Johor
17. Pn. Azizah bt. Lebai Ahmad. Kuala Lumpur
18. Pn. Noriza bt. Kassim. Jeniang
19. Pn. Faezah bt. Hamid. Kuala Lumpur
20. Pn. Rohaya bt. Abu Hasan. Pusat Kesihatan Gulau, Sik
21. Pn. Sakinah bt. Hj. Ishak. Kg. Kota Bukit, Sik, Kedah
22. En. Mazli b. Abd. Rahman. Kuala Lumpur
23. En. Shukri b. Ahmad. Kuala Lumpur
24. En. Mohd. Isa b. Said. Kuala Lumpur
25. En. Amir b. Ismail. No.40 Fasa 1d2 Bandar Baru Seri Manjung, 32040 Perak.
26. Pn. Rohana bt. Ramli MP903, Jln5, Tmn Melaka Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka.
27. Pn. Normawati bt. Nawawi.
28. Pn. Sharifah bt. Pin
29. Mohd. Asri b. Ahmad. Taman Batu Lima, Sik, Kedah
30. Pn. Faridah bt. Yusuf. Kuantan, Pahang.
31. Pn. Sakinah bt. Abdullah Hamad. No.15 Jln Permata 1, Tmn Desa Pemata, 33300 Grik, Prk.
32. Pn. Siti Zaliha bt. Dolah. Putra Jaya.
33. Hani bt. Ghazali
34. Pn. Zaiton bt. Abdul Wahab. Port Dickson, N.Sembilan.
35. Pn. Mariza bt. Razak.
36. Pn. Zarina bt. Hassan
37. Pn. Rosni Abdullah
38. En. Hussain b. Dai. Pekan Batu Lima, 08200 Sik.
39. Pn. Zakiah bt. Yahya
40. En. Suhaimi b. Mohamad. Sabak Bernam, Selangor
41. Pn. Latipah bt. Omar.
42. En. Rahifun b. Md. Isa.
43. Pn. Aminah bt. Ismail.
44. En. Marzuki b. Rejab. Perlis.
45. Pn Ghuslaini bt. Md. Isa.
46. En. Mohd. Shazani Amin b. Mohd. Noor. Setiu, Terengganu
47. Pn. Roslina bt. Ahmad. SK Jeneri, Sik, Kedah
48. Pn. Saliza bt. Che Meh.
49. Pn. Kamariah bt. Saad
50. Pn. Sabarah bt. Talib. Sg. Petani, Kedah
51. Pn. Fadzilah bt. Najmuddin
52. Pn. Fadzilah bt. Mat Khair
53. Pn. Shuhaida bt. Othman
54. En. Mohd. Shahbandie b. Shafie. Kg. Jelutong, Chepir, Sik, Kedah
55. Pn. Azian bt. Jaafar. Kg. Banggol Kiat, Sik, Kedah.


Kita masih lagi menunggu respon rakan-rakan lain..... Jangan tunggu lagi


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com